Wednesday, December 31, 2008

Jangan hilang tumpuan dalam membantah PPSMI
Ali Bukhari Amir
Wed | Dec 31, 08 | 4:00:58 pm MYT

Seorang sahabat saya, seorang guru, dengan nama pena Nizam Shah kerap melontar pandangannya lewat Harakah di atas kebebalan parti pemerintah meneruskan PPSMI ini. Sebagai guru, dia tidak boleh bertindak lebih jauh daripada itu.

Tindakan tersebut amat terpuji. Soal beliau khuatir, bimbang dan risau beliau akan dapat masalah jikalau identitinya terdedah, itu satu soal lain.

Yang paling penting, beliau adalah salah seorang guru yang sangat faham dengan suasana di sekolahnya sekarang dan beliau telah berjuang dengan caranya yang tersendiri menuju ke arah pemansuhan dasar yang tidak masuk akal ini.

Mutakhir ini, kita semua terkejut dengan serangan di Gaza oleh tentera biadap Israel dan diharapkan semua ini tidak akan menyebabkan tumpuan kita lari.

Dalam seminar di Pusat Dialog Peradaban tanggal 19 Disember lalu, seorang graduan membangkitkan pertanyaan tentang masalah kehilangan fokus ini dalam perjuangan memansuhkan PPSMI ini.

Hilang tumpuan ke atas PPSMI
"Kita kadang-kadang beralih-arah kepada isu Ketuanan Melayu, kita menyebut fasal 153 dab kemudiannya terlupa dan kita abaikan fasal 152 yang menyentuh kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan. Saya syor kita tumpukan 152 dahulu," kata beliau.

Pandangan beliau itu dimajukan kepada Dr Abdul Latif sebagai wakil Gapena yang turut bersetuju dengan saranan tersebut.

Sambil mengangguk-angguk ke atas saranan tersebut, beliau berkata, "Ya betul, memang kita lari sekejap daripada membincangkan tuntutan ke atas pemansuhan PPSMI ini. Saya rasa, kali ini kita tidak boleh lari lagi daripada mauduk PPSMI ini."

Kadang-kala, apa yang kita lihat ialah, wujudnya ketidakseragaman atau wujudnya kerja bertindak dalam memajukan bantahan ke atas sesuatu isu.

Misalnya golongan itulah yang akan berhempas-pulas menjawab isu Ketuanan Melayu, golongan itu juga membantah isu serangan Israel dan mereka jugalah yang membantah PPSMI.

Ini mungkin menyebabkan wujudnya keletihan, hilang tumpuan dan akhirnya merugikan. Golongan-golongan yang berasakan jiwanya lebih tertumpu kepada usaha memansuhkan PPSMI sepatutnya akan hanya menumpukan usaha terus-menerus ke atas PPSMI ini dan begitulah halnya dengan kumpulan-kumpulan lain.

Sejak 2006, Encik Mohamad Nizar Jamaluddin (kini Dato' Menteri Besar Perak) melalui anak beliau telah memfailkan saman ke atas kerajaan Persekutuan berhubung isu PPSMI ini. Tapi, kenapa agaknya, kes beliau seolah-olah tenggelam dan terbenam jauh ke dasar bumi, tidak diselongkar buat pengetahuan khalayak?

Ada banyak andaian yang boleh dititipkan di sini. Salah satu andaiannya ialah mungkin kerana terlalu sibuk dengan isu-isu lain sehinggakan isu yang maha penting dewasa ini telah tertanggal daripada lipatan ingatan masyarakat.

Sejak 2006, tidaklah diketahui sejauhmanakah peranan ahli parlimen pembangkang yang aktif bertanya di Parlimen mengenai perkembangan saman ke atas kerajaan itu.

Di dalam kumpulan Yahoo Groups, telah timbul desas-desus andaian dan spekulasi sama ada wujud kemungkinan pihak eksekutif (Kerajaan Persekutuan) telah mengeluarkan satu arahan ke atas mahkamah agar melewat-lewatkan proses perundangan.

Inilah yang akan terjadi apabila rakyat tak mendapat maklumat sewajarnya. Mereka akan 'berjuang' menyusun andaian demi andaian, membentuk spekulasi demi spekulasi.

Hanya ahli Parlimen pembangkang yang boleh menjawab hal ini, iaitu sejak 2006, sudah berapa kali pertanyaan dimajukan kepada sidang Parlimen tentang perkembangan saman sejak dua tahun lalu.

Adakah hal ini terjadi kerana individu yang sama turut terbeban dengan tugas-tugas yang lain sehinggakan mereka seolah-olah terlupa?

Dalam mel-e saya masih tersimpan catatan wawancara bersama bapa kepada para pelajar itu. Temubual maya itu berlaku sekitar Februari 2006. (Boleh dirujuk Siasah sekitar Feb. 2006). Tapi, ketika itu juga terdengar bisikan-bisikan seperti:-

"Sebaiknya, jangan dihebahkan nombor akaun bank dalam akhbar," kata mereka. "Takut nanti dijadikan hujah oleh pemerintah bahawa tindakan ini didalangi pembangkang."

Saya akur. Biarlah hal itu berlaku begitu sahaja, seolah-olah itu mewakili kehendak orang awam yang kononnya tiada kaitan dengan parti pembangkang. Syor menyaman kerajaan itu timbul dalam Kongres Kepentingan Bangsa ekoran saranan seorang pensyarah.

Namun akhir-akhir ini, timbul desas-desus kecil pula gara-gara tersiarnya laporan bahawa Gapena mahu menyaman kerajaan.

"Nampaknya orang dah lupa bahawa pembangkang terlebih dahulu memajukan saman itu ke atas parti pemerintah," kata seorang rakan. Terkadang, susah juga mahu mencari mana pendirian seseorang dalam individu ini.

Ada yang enggan melihat proses menyaman itu terbit melalui pembangkang kerana mahu dilihat bantahan itu suci dan jernih daripada sentuhan kepartian. Tetapi, setelah ada syor sama oleh NGO, tiba-tiba ada pula pihak yang mahu dihebohkan saman pada 2006 itu ada kaitannya dengan sentuhan kepartian.

Jika anda adalah wartawan atau pemilik akhbar yang berdiri antara situasi sebegini, tentu berasa gelisah dan sesekali berasa meradang juga melihat pertikaian sebegini.

Himpunan 100,000 Selamatkan Bahasa Melayu
Namun, ada perkembangan terbaru dan agak baik juga mutakhir ini berhubung bantahan ke atas dasar PPSMI.

Semalam, 30 Disember, telah wujud perbincangan antara badan bukan kerajaan dan parti politik di Yayasan Penataran Ilmu yang membabitkan Kesatuan Sekerja DBP, wakil Pas, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), PKPIM, Abim, Gamis, Teras dan Persatuan Pelajar Bahasa Melayu, Universiti Malaya.

Melalui blog milik Timbalan Pengarah Badan Pelaksana Sekateriat Selamatkan Bahasa Melayu Suhaizan Kayat, pihak sekretariat telah memajukan usul mengadakan Himpunan 100 Ribu tahun ini untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

"Isi kandungan memorandum ini adalah untuk membantah PPSMI seperti Himpunan Bersih sebelum ini.

"Badan ini berfungsi menghimpunkan semua tokoh pejuang bahasa Melayu. Di bawah badan induk ini akan diwujudkan badan perlaksana yang menumpukan usaha mobilasi Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu, " kata beliau melalui blog itu.

Nyatakan keghairahan anda untuk menghadiri HIMPUNAN 100,000 SELAMATKAN BAHASA MELAYU di mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

http://bmppsmi.blogspot.com

3:55 p.m, 31 Disember
Sekolah Pemikiran Pendang - azm _

7 comments:

kassim said...

Dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan ini tidak melibatkan kemusnahan bahasa melayu. Pejuang Bahasa Melayu perlu lebih gigih memperjuangkan bahasa dengan mencipta istilah-istilah baru yang mampu menepati makna sebenar apabila sesuatu buku-buku ilmiah sains dan teknologi yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu.

Bahasa melayu adalah bahasa yang wujud tanpa krektor(Charaters) yang tersendiri ini perlu diperkukuhkan oleh pejuang bahasa supaya bahasa kita mampu menjadi bahasa ilmu dalam era globalisasi ini.
Bahasa Melayu juga meminjam krakter/huruf daripada bahasa inggeris iaitu (A,..Z, a...b)kita adalah bangsa yang tidak mempunyai huruf yang tersendiri, tidak seperti negara seperti negara russia, jerman, france, China, jepun, korea dan sebagainya yang sememangnya mempunyai krakter yang tersendiri. Itulah salah satu sebab kenapa mereka mampu maju dengan bahasa mereka sendiri. Penterjemahan yang mereka buat dalam bahasa mereka menepati makna sebenar kepada istilah-istilah dalam buku-buku ilmiah yang ditulis dalam bahasa inggeris.

Pejuang bahasa sepatutnya berfikir bagaimanakan kita perlu memperkukuhkan bahasa kita yang kita dibangunkan tanpa mempunyai jati diri yang sebenar.

Matlamat utama yang digariskan oleh kepimpinan negara pada masa ini adalah bertujuan untuk mempersiapkan generasi baru negara yang berkemahiran tinggi dalam sains dan teknologi serta dapat menguasai dengan baik bahasa ilmu di era globalisasi ini. Kepimpinan negara melihat jika kita tidak menyiapkan generasi yang mampu bersaing di era globalisasi ini kita akan terus ketinggalan dalam era tersebut. Atas dasar preparation for the generation inilah maka kepimpinan negara pada masa 2003 nekad untuk melaksanakan dasar ini.

Masalah yang kita hadapi dalam melaksanakan perkara ini yang harus kita fikirkan dan bagaimana kaedah untuk menyelesaikannya, bukannya kita bertindak untuk mengorbankan masa depan anak-anak kita yang akan bersaing dalam era globalisasi. Mereka lah yang akan terpaksa bersaing dalam era tersebut bukannya kita yang sudah dimakan usia.

odeen said...

PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS SUDAH PASTI MENGURANGKAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. UNTUK MEMAHAMI ILMU SAINS DAN MATEMATIK KITA PERLU MENGUASAI BAHASA INGGERIS KERANA SAINS DAN MATEMATIK DIAJAR DALAM BAHASA INGGERIS. JIKA SUATU HARI NANTI KESELURUHAN RAKYAT MALAYSIA BOLEH BERTUTUR DAN MENULIS DALAM BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK MAKA PENTEJEMAHAN SESUATU ILMU SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA MELAYU TIDAK AKAN BERLAKU LAGI. SEBAGAI CONTOH JIKA KESELURUHAN AHLI KELUARGA SAYA BOLEH BERTUTUR DAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU MAKA TIDAK PERLULAH DITERJEMAHKAN BUKU BAHASA MELAYU KE DALAM BAHASA IBUNDA LAGI SAMA ADA DALAM BAHASA IBAN, MELANAU, CINA DAN LAIN-LAIN. JADI PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASTI TERBANTUT DAN SUATU KETIKA TIDAK AKAN DIGUNAKAN LAGI TERUTAMA KEPADA ORANG BUKAN MELAYU...JADI PEMIMPIN MELAYU PERLU SEDAR TENTANG PERKARA INI. TEPUK DADA TANYA SELERA..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sebenarnya di dalam hati terdapat 2 pandangan yang berbeza mengenai isu ini

Pertamanya saya menyokong pelaksanaannya kerana ini dapat menambahkan kuantiti anak melayu yang bagus dalam berbahasa Inggeris. Bermakna lebih ramai anak2 melayu dapat bersaing dalam era globalisasi ini(kata merekalah). Tapi bagi saya bukan bersaing sebenarnya tetapi lebih kepada anak melayu berkerja di syarikat2 bangsa asing. Jika itu tujuannya, pelaksanaan ini patut diteruskan tetapi perlu lebih kajian yang perlu dibuat kerana setakat ini perlaksanaan cuma sekadar eksperimen sahaja, yang mana telah menyusahkan guru2 dan pelajar sekalian.

Keduanya, saya menentang perlaksanaan ini kerana seperti yang diperjuangkan oleh ahli2 bahasa kita untuk mengangkat kembali penguasaan bahasa melayu. Sememangnya jelas sistem ini meminggirkan bahasa melayu kita dan kerana itu saya kurang bersetuju dengan encik kassim di atas. Kalau matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris tak payahlah pejuang bahasa Melayu mencari istilah2 baru kerana tiada siapa yang mahu menggunakannya. Pelajar kita lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris. Takkan pelajar ini nak menggunakan kamus bahasa Inggeris-Melayu untuk menerangkan idea2 mereka. Sebagai pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajian saya kadang kala sukar untuk menerangkan kembali apa yang dipelajari dalam bahasa melayu kerana istilah Inggeris yang biasa digunakan tidak terlintas di fikiran di dalam bahasa melayu. Bukan tiada maksudnya di dalam bahasa Melayu tetapi istilah yang jarang dipakai.

Hujah kedua saya, apabila bahasa inggeris digunakan, bukan semua pelajar kita dapat memahami konsep sebenar tentang sains itu sendiri, kebanyakkan pelajar kita akan lebih kepada menghafal ayat2 buku teks untuk memudahkan mereka lulus dalam peperiksaan. Maka lahirlah generasi burung nuri yang hanya tahu bercakap tapi tak tahu mengembangkan pengetahuaannya. Jika ingin bersaing dalam dunia global ini, tak perlu bahasa Inggeris tapi lebih baik di dalam bahasa ibunda, cari idea2 baru seperti mana yang dilakukan Jepun dan Korea. Untuk menghasilkan teknologi baru tak perlu belajar sains dalam bahasa Inggeris tetapi untuk memasarkan idea mungkin perlu.

Jadi kesimpulannya, bagi diri ini, PPSMI lebih untuk menjenamakan bangsa Melayu sebagai satu bangsa yang dapat bersama2 mengikuti program2 ilmu di dalam bahasa Inggeris bukan sebagai satu bangsa yang dapat memberikan dunia satu idea baru yang bagi saya itu yang lebih penting dalam kontek bersaing dengan dunia global(tetapi bukan dari sudut ini yang diterapkan dalam bidang pendidikan kita)

Anonymous said...

Pemimpin yang bersetuju dengan PPSMI memang buta bahasa dalam erti kata sebenarnya. Budaya bahasanya tidak mencengkam ke urat nadi. Tidak layak digelar pemimpin atau negarawan sebenarnya. Baruawan memang layak.

ABZ GEMSTONES said...

Awangku?

Kita boleh tidak bersetuju dengan apa dasar yang dibuat oleh pemimpin tetapi kita juga perlu menilai kenapa pemimpin melaksanakan dasar tersebut? Tugas pemimpin adalah lebih besar daripada tangungjawab yang diamanahkan allah s.w.t kepada kita. Kita juga yang memilih pemimpin. Kalau kita merasakan bahawa kita mampu menjadi pemimpin yang lebih baik untuk membawa negara kita wajar menawarkan diri kita. Ketidak sependapat dalam pelaksanaan dasar atau projek yang melibatkan negara memang tidak boleh lari, daripada negara mencapai kemerdekaan sampai hari ini, rakyat malaysia telah memilih pemimpin yang betul, tapi dalam pada itu kita sebagai manusia sememangnya tidak boleh lari daripada kesilapan dalam membuat keputusan.
Jika anda selaku ibubapa yang mempunyai anak-anak sedang membesar maka pimpin dan bantulah mereka untuk melangkah dan menghadapi cabaran masa depan yang lebih mencabar.

jazrul said...

kita mestilah ada pembaharuan

malaysia seo

fauzi said...

mesti ada pemikiran nak maju

web design